Want your
own Fotopage?








 
Himpunan Gambar Foto PERKASA

By: Pribumi Perkasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Feb-2010 01:44 Email | Share | Bookmark
Penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pagi tadi melancarkan penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara, tapak yang pernah membawa kepada kelahiran Umno lebih enam dekad lalu bagi melindungi kepentingan orang Melayu dan beragama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menggerakan MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Cuepacs.

Edaran maklumat media menyebut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Professor Datuk Dr Kamaruddin Kachar yang juga bekas Ketua Pengarah BTN berucap pada majlis pelancaran itu.

Deklarasi watikah pelancaran MPM dibacakan oleh Presiden GPMS Jais Abd Karim dan disusuli dengan sesi dialog dengan para hadirin dan upacara memeterai watikah pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO menganggotai majlis ini.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net